Kahoot Kuiz Kemerdekaan

17 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Ogos yang lepas, Pusat Internet Kg Luak telah mengadakan aktiviti Kahoot Kuiz tentang Kemerdekaan Malaysia yang bakal menjelang. Para peserta begitu teruja untuk menyertai kahoot kuiz tersebut. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti nyanyian lagu patriotik, tayangan video KDB, pengisian pengertian kemerdekaan dan kahoot kuiz untuk menguji kepahaman para peserta mengenai kemerdekaan Malaysia.

Selain itu juga, aktiviti seperti ini diadakan adalah bertujuan untuk menyemarakkan sikap bertanggungjawap dan sayangkan negara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali